PENGENALAN & INTRO
Q: Bolehkah bisnes topup ini dipercayai ?

A: Syarikat Real One Solution (No. Pendaftaran SSM: JM0751805K ) menggunakan server yang telah beroperasi sejak tahun 2017 lagi. Seramai lebih daripada  29000 ID pendaftaran telah dibuat ( server realreload ). ID pendaftaran terkini sehingga 18/6/2020 jam 2.58 petang adalah 29974.
 Kami yakin dan percaya, mereka yang menyertai tidak tertipu dan disebabkan itulah, jumlah keahlian semakin bertambah. Kami tidak mengaut keuntungan semata-mata, tetapi membantu anda untuk menjimatkan pembelian topup berbanding membeli di kedai. Selain berjimat, boleh juga berniaga secara sambilan. Manfaatkan telefon bimbit anda!

Q: Siapakah HafizTopup2u?
A: HafizTopup2u a.k.a Hafizudin Mohamad Nor merupakan MASTER kepada syarikat Real One Solution  yang diberi kebenaran untuk melantik dealer dan agent seluruh Malaysia dengan kadar yuran pendaftaran yang rendah dan mampu oleh setiap orang serta keuntungan yang tinggi!

 

Q: Adakah saya perlu membeli nombor baru (simcard) untuk mendaftar?

A: Tidak perlu! Anda boleh menggunakan nombor telefon sedia ada untuk mendaftar.

Q: Bagaimana komisyen atau keuntungan topup prepaid dibayar?

A: Keuntungan topup akan dibayar terus oleh pelanggan anda secara ‘real time‘. Contoh jika keuntungan bagi topup Umobile 7.2%, maka setiap RM10, server hanya tolak RM9.28 sahaja dari modal anda dan anda akan menerima RM10 tunai daripada pelanggan. Maka keuntungan anda secara tunai adalah RM0.72.

Q: Adakah server beroperasi 24 jam?
A: Ya! Server beroperasi 24 jam tanpa henti kecuali diberitahu seperti proses baik pulih, ‘maintanence’ atau ‘upgrading’.

 

PAKEJ YANG DITAWARKAN
Q: Apakah pakej yang ditawarkan oleh HafizTopup2u?
A: Kami menawarkan Pakej Dealer & Pakej Agent dengan yuran pendaftaran yang sangat berpatutan. 

Q: Adakah yuran pendaftaran perlu diperbaharui?
A: Tidak! Yuran pendaftaran hanya dibayar sekali sahaja sewaktu pendaftaran. Tiada yuran tahunan dikenakan.


PANDUAN PENTING AGEN

Q: Bagaimana cara untuk tambah modal?
A: Tambah modal boleh dilakukan pada setiap hari 24 jam tetapi syarikat REAL ONE SOLUTION akan proses modal dari 9.00am hingga 8.00pm. Modal anda akan diproses dan dimasukkan dalam tempoh 5 minit – 90 minit. Caranya adalah seperti berikut:

Langkah 1: Bank in modal anda ke akaun syarikat REAL ONE SOLUTION

Langkah 2: Isi borang pengesahan modal yang ada di dalam sistem SRS Mobile.

Q: Berapakah jumlah minima untuk tambah modal?
A: Minima untuk tambah modal terus kepada akaun Real One Solution ialah RM30. Anda digalakkan untuk tambah modal dengan amaun yang unik/istimewa seperti RM30, RM70 atau RM123, RM270 dan sebagainya.

Q: Bagaimana cara untuk menjual topup kepada pelanggan?
A: Anda boleh menjual topup melalui 2 cara iaitu secara web dan Aplikasi Android. 

Q: Bolehkah server melakukan jualan topup untuk nombor yang sama lebih dari sekali atau 2 kali pada hari yang sama?
A: Ya, boleh. Anda perlu tunggu 30 minit (SRS Mobile) selepas jualan topup kali pertama ke nombor yang sama ATAU anda boleh topup serta merta tanpa menunggu tempoh yg diberi dengan cara topup amaun yang berbeza
Contoh: Topup kali pertama RM10, Topup kali kedua RM5.

ISU DAN MASALAH
Q: Saya dah tambah modal tetapi terkurang RM30 kerana mesin CDM reject duit, adakah modal saya akan hilang (burn)?
A: Untuk menjawab soalan ini, pihak syarikat dengan tegas telah menyatakan bahawa ianya tidak akan diproses. Bagi mengelakkan kejadian seperti ini, sila tambah modal bermula dari RM30 dan nilai mesti unik (bukan gandaan 50) untuk mengelakkan pertindihan dengan modal orang lain.

Q: Saya dah tambah modal dan telah mengisi borang pengesahan  modal, tetapi masih tidak diterima setelah lebih 1 jam, bagaimana?

A: Jika selepas 90 minit, modal anda tidak masuk ke akaun topup, sila rujuk careline server. Sebelum itu,

1. Semak baki modal anda. Ada kemungkinan modal telah pun masuk tetapi anda tidak menerima SMS.

2. Hantar maklumat tambah modal melalui web. Jika modal tidak masuk juga selepas maklumat dihantar melalui web melebihi 90 minit, sila lakukan step seterusnya.  

3. Sila SMSkan/Call masalah anda ke Careline atau HelpDesk dengan sertakan agen id dan maklumat tambah modal.


Q: Adakah modal tambahan saya akan hilang?
A: TIDAK! Tambahan modal yang anda lakukan adalah modal pusingan. Anda akan dapat semula ‘cash’ atau tunai daripada pelanggan apabila anda menjual topup.

Q: Berapa lamakah tempoh menunggu bagi sesuatu transaksi jualan topup success?

A: Kebiasaannya server akan proses dalam masa 60 saat. Jika lebih dari 10 minit, anda perlu semak status terkini transaksi dalam sistem SRS Mobile.

Q: Saya dah topup no.hp pelanggan tetapi status transaksi Failed atau Refunded, mengapa?
A: ini terjadi disebabkan beberapa perkara iaitu:

No.Hp pelanggan salah atau tidak cukup. Contohnya,no.hp pelangga ialah 0123456789 tetapi ditaip terbalik seperti 0123456987 atau tertinggal satu nombor seperti 012346789.

Salah kod telco. Contohnya pelanggan tersebut meminta topup Celcom,  tetapi Anda topup Maxis.

Salah amaun nilai. Tidak semua telco boleh topup pada nilai yang dikehendaki seperti RM56, RM42 dan lain-lain. Kebiasaannya nilai topup yang dibenarkan atau dibolehkan ialah RM5-RM10, RM20, RM30, RM50, RM60 dan RM100. Ianya bergantung kepada telco.

Baki tidak mencukupi. Server tidak dapat memproses topup apabila baki tidak mencukupi (insufficient balance).

No.Hp yang sama ditopup dua kali dalam masa 30 minit. Server gagal untuk memproses no.hp yang sama dalam masa 30 minit. Anda perlu tunggu lebih dari 30 minit untuk topup no.hp yang sama untuk kali kedua.

Q: Saya dah topup no.hp pelanggan dan status transaksi SUCCESS tetapi pelanggan masih tidak menerima topup, bagaimana?
A: Terdapat beberapa langkah yang perlu anda lakukan iaitu:

Langkah 1 : Semak status transaksi melalui web portal diruangan ‘Report Sales’ dan ‘Search’. Pastikan DN tertera nombor. Jika tidak tertera nombor, berkemungkinan besar topup tidak masuk.

Langkah  2  Jika status ‘PENDING’, anda perlu tunggu sehingga status transaksi menjadi ‘REFUNDED’ atau ‘SUCCESS’.

Langkah 3 : Sekiranya status ‘REFUNDED’, ini bermaksud ada kesilapan dalam format (salah no.hp, kod telco dan amaun) atau server reject. Sila topup sekali lagi ke server dengan format yang betul.

Langkah 4 : Sekiranya status ‘SUCCESS’, tetapi pelanggan masih tidak terima topup lebih dari 30 minit, sila segera buat aduan secara whatsapp kepada pihak Careline/HelpDesk. Sertakan butir-butir Agen ID anda, No.Hp pelanggan, Amaun dan masa. Careline akan reply dalam masa 24 jam dan modal anda akan dipulangkan semula.

Q: Jika saya tersalah memasukkan nombor handphone orang lain ketika topup, dapatkah ditarik balik?

A: Tidak! Jika status jualan topup ‘SUCCESS’, ia tidak dapat ditarik balik. Syarikat tidak akan bertanggungjawab diatas kecuaian yang anda lakukan. Pastikan sebelum anda topup, nombor handphone pelanggan hendaklah diteliti sebaik-baiknya.
————————-Terma dan Syarat————————-
 
  1. Saya faham bahawa HafizTopup2u merupakan Master yang sah berdaftar dengan syarikat Real One Solution serta diberi kuasa untuk mendaftarkan dealer dan agent di bawahnya.
  2. Saya SETUJU bahawa HafizTopup2u TIDAK akan bertanggungjawab jika saya mengalami kerugian dalam perniagaan topup ataupun dengan syarikat.
  3. Saya setuju untuk membuat bayaran seperti yang ditetapkan. Yuran pendaftaran sekali seumur hidup.
  4. Saya dengan SUKARELA menyertai HafizTopup2u setelah memahami dan menimbang secara matang.
  5. Saya sedar bahawa keahlian saya akan disekat sekiranya melanggar terma dan syarat diatas.
  6. Saya berjanji akan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh admin web HafizTopup2u dan syarikat Real One Solution serta bersedia bertanggungjawab jika saya mengingkarinya. 
  7. Saya menyedari bahawa syarat-syarat dan peraturan yang dibuat adalah demi kepentingan dan keselamatan saya serta dealer dan agent di bawah HafizTopup2u.

dikemaskini pada 4 Jun 2023.

Translate ยป